mcmc
Maklumat AmMaklumat Komuniti

2025 – Global Sumud Flotilla

Flotila: Kenapa Mereka Masih Naik Bot?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka pilih naik bot, bukan kapal terbang atau jalan darat?Jawapannya mudah tapi menyayat hati, semua laluan darat dan udara ke 🍉 dikawal ketat. Laut adalah satu-satunya simbol kebebasan yang tinggal, walaupun berisiko tinggi.

Kita kembali kepada asal usul Flotila, 15 tahun lalu.
Tragedi Marmara 2010

Pada 2010, Kapal Mavi Marmara belayar dengan ratusan aktivis antarabangsa, membawa ubat dan makanan ke 🍉. Di tengah perairan antarabangsa, tentera menyerang. 9 aktivis terbunuh, puluhan cedera. Dunia terkejut, sekaligus membuka mata dunia pada ketika itu

Sejak tragedi Mavi Marmara 2010, flotila kemanusiaan tetap belayar setiap tahun. Ada yang ditahan, ada yang dirampas, malah ada yang meragut nyawa. Tetapi semangat itu tidak pernah padam.
Situasi semasa di 🍉?

Buat pertama kali dalam sejarah, 🍉diisytiharkan berada pada tahap kebuluran.
Lebih 500,000 orang kini sedang kelaparan, dan angka itu dijangka meningkat melebihi 640,000 menjelang hujung September 2025.

Pengeboman berlarutan musnahkan rumah, hospital, sekolah, penduduk dipaksa berpindah ke “zon kemanusiaan” tanpa jaminan keselamatan. Elektrik, air bersih, sanitasi dan komunikasi runtuh, membuka ruang kepada wabak penyakit.

Apakah misi Global Sumud Flotila?
2025 – Global Sumud Flotilla

Kini, sejarah kembali ditulis. Lebih 50 kapal dari 44 negara berkumpul di Mediterranean. Dari Barcelona ke Tunisia, ribuan aktivis, doktor, dan sukarelawan bergabung termasuk tokoh terkenal Greta Thunberg.

Mereka membawa ubat, makanan, dan suara dunia. Dijangka tiba di pesisir 🍉 pertengahan September ini. Walaupun mungkin akan disekat, perjalanan ini sudah pun menjadi simbol penentangan terhadap kepungan kejam.
.🇲🇾 Malaysia juga tidak ketinggalan.

• 15 rakyat Malaysia belayar dari Barcelona pada 1 September.
• 15 lagi berlepas dari Itali pada 4 September.
• Gelombang ketiga dijadualkan bergabung dari Tunisia.

Sekurang-kurangnya 30 anak Malaysia kini menjadi sebahagian daripada konvoi solidariti laut terbesar ini bukti bahawa suara kemanusiaan kita berdiri bersama dunia.
.Kita mungkin tidak berada di atas kapal itu. Tetapi kita boleh mengiringi mereka dengan doa, menyebarkan kesedaran, dan menyokong usaha ini. Kerana setiap doa dan solidariti adalah tanda bahawa 🍉 masih ada cahaya harapan.

Jangan pernah lupakan mereka, jangan lupa untuk bercakap mengenai 🍉