mcmc
Maklumat NADI

Kempen Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak di Negeri Pahang
MCMC Negeri Pahang telah menerima jemputan untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Bersama Lindungi Diri” sempena Program Kesedaran Keselamatan Siber Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pada 20 Februari 2024 bertempat di Dewan Blok C Wisma Sri Pahang.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan keselamatan siber kepada 200 peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Haznita Mohamad Lazim, Pengarah II, MCMC Negeri Pahang.
Semoga semua peserta yang hadir mendapat manfaat daripada perkongsian tersebut.
Jangan lupa untuk Klik Dengan Bijak!