mcmc
Pendidikan

Intervensi Kurikulum

INTERVENSI KURIKULUM
Prihatin terhadap kebimbangan sebahagian ibu bapa yang merasakan kurikulum sedia ada kurang sesuai dengan usia murid, pada bulan Mac lalu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah melaksanakan inisiatif Intervensi Kurikulum.
Empat fokus utama yang dijadikan perhatian dalam pelaksanaan Intervensi Kurikulum – susunan semula kandungan mata pelajaran Tahap 1, penyediaan Modul Bimbingan (MOBIM) dan latihan untuk guru, pengesanan awal tahap literasi dan numerasi untuk murid Tahun 1 dan tambah baik kepada pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Berikut adalah keberhasilan inisiatif Intervensi Kurikulum:
📌 Kurikulum bagi empat (4) mata pelajaran Tahap 1 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains selesai disusun semula.
📌 Modul Bimbingan (MOBIM) bagi empat (4) mata pelajaran Tahap 1 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains disediakan sebagai bahan sokongan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
📌 Seramai 448,113 murid Tahun 1 telah menjalani saringan pengesanan awal tahap literasi dan numerasi. Seramai 122,063 murid didapati belum menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M) dan perlu mengikuti program intervensi.
📌 Seramai 48,308 orang murid berjaya menguasai asas 3M selepas menjalani program intervensi selama tiga bulan. Selebihnya akan meneruskan program sehingga dapat menguasai asas 3M.
📌 Tambah baik dilaksanakan kepada pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menjadikannya mesra ibu bapa.
📌 Guru diberi latihan melaksanakan penjajaran kurikulum menerusi penganjuran webinar.
📌 Intervensi Kurikulum memberi nilai tambah dari aspek pembelajaran kepada 1,351,406 orang murid Tahun 1, 2 dan 3 di seluruh negara.

7TerasKPM