MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI
Siri 30: Jalan ke Syurga
Hadis ini menerangkan amalan yang membawa ke syurga dan menjauhkan dari neraka. Setiap ibadah akan menjadi mudah sekiranya mendapat taufik daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menyebut amalan yang membawa ke syurga iaitu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan haji. Begitu juga tiga amalan yang digalakkan secara khusus menjadi pintu kebaikan iaitu berpuasa, bersedekah dan qiamullail.
Rasulullah SAW menjelaskan tiga perkara pokok yang merupakan tunjang dan teras iaitu kalimah syahadah (Islam), solat dan jihad. Jihad tidak semestinya membawa maksud peperangan. Dalam kitab Zad al- Ma’ad, Ibn Qayyim membahagikan jihad kepada 13 bahagian yang tidak terhad kepada peperangan semata-mata. Jihad merangkumi jihad melawan nafsu dan syaitan, jihad menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, jihad menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim, jihad berperang dan sebagainya.
Setiap Muslim juga dituntut agar menjaga lidahnya daripada menuturkan perkataan yang menjerumus kepada dosa dan membatalkan akidah.
#Hadis40dihatiku#7TerasKPM#MalaysiaMADANI#PendidikanManusiawi#TaatSetia
