Mulai 1 Mei 2025, semua fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti diwajibkan memaparkan harga ubat secara jelas kepada pengguna.
Pelaksanaan ini adalah di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]
TIADA DENDA DALAM
BULAN PERTAMA (Tempoh Pendidikan & Penyesuaian)
Dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaan, tiada tindakan saman atau penalti akan dikenakan. Sebaliknya, tempoh ini akan dimanfaatkan sebagai fasa pendidikan dan advokasi untuk memastikan pematuhan dan pemahaman menyeluruh oleh penyedia perkhidmatan kesihatan serta pengguna.

Manfaat Pemaparan Harga Ubat Kepada Rakyat:
Mengetahui harga ubat sebelum membuat pembelian;
Membuat perbandingan harga dan pilihan yang lebih bijak;
Merancang perbelanjaan ubat, terutamanya bagi penyakit yang memerlukan rawatan panjang; dan
Mengelakkan caj tersembunyi atau harga yang melampau.
Ini adalah satu lagi langkah ke arah ketelusan harga, akses kesihatan yang lebih saksama dan merealisasikan prinsip #MalaysiaMADANI dalam sektor kesihatan.