mcmc
Kesihatan

KESIHATAN MENTAL :EMPATI

Ini bukan post politik.

Ini hanyalah satu seruan supaya kita semua lebih berhati-hati dan lebih berempati apabila bercakap tentang isu kesihatan mental dan b*n*h diri.

Kami hargai mana-mana pihak yang sudi membawa isu ini ke dalam dewan dan ruang rasmi. Kesihatan mental memang perlu dibicarakan, perlu diberi perhatian, perlu diangkat menjadi isu nasional.

Namun baru-baru ini tular satu kenyataan yang kedengaran seolah-olah ringan:

“Saya nak tergelak juga… 2–3 hari lepas berlaku di kawasan saya. Menikah hari Jumaat, kenduri Sabtu, Ahad gantung diri. Sebabnya kemurungan lah…”

diikuti ketawa kecil selepas menyebut tragedi itu.

.

Mungkin niatnya bukan jahat.

Mungkin hanya mahu menggambarkan situasi. Tetapi kita perlu jujur b*n*h diri bukan lucu. Ia bukan bahan gelak. Ia bukan punchline untuk menghidupkan suasana.

Di seluruh dunia, lebih kurang 727,000 orang meninggal akibat b*n*h setiap tahun. Ini bermakna setiap 40 saat, ada satu nyawa yang memilih untuk pergi kerana beban hidup terlalu berat.

Setiap satu kematian itu pula dianggarkan mewakili lebih daripada dua puluh cubaan lain. Dan di belakang setiap angka, ada keluarga yang luluh , pasangan yang hidup dengan penyesalan, adik-beradik yang menyalahkan diri, rakan rakan yang perit menanggung kesedihan dan anak-anak yang membesar tanpa memahami apa sebenarnya berlaku.

.

B*n*h diri bukan sekadar satu tindakan spontan. Ia adalah perbuatan yang sangat kompleks. Ada orang bergelut dengan kemurungan yang takpernah dia sebut.

Ada yang dihimpit hutang, tekanan kerja, masalah rumahtangga, trauma lama, kesunyian yang memakan jiwa, dan stigma yang membuat mereka takut untuk meminta pertolongan.

Percayalah, mangsa tidak mahu mati mereka cuma tewas dengan penyakit yang di tanggung lama, sama seperti penyakit lan seperti kanser dan lain lain.

Sebab itulah nada kita penting. Cara kita menyebut tragedi seperti ini sangat penting. Bila kita ketawa, walaupun sedikit, ia seperti menafikan kesakitan yang dilalui si mangsa.

.

Kesihatan mental bukan isu kecil.

Ia isu manusia. Dan manusia layak untuk dihormati, walaupun dalam cerita yang paling tragis. Kalau kita benar mahu mengurangkan angka statistik, langkah pertama ialah memastikan bahasa kita tidak membunuh lebih ramai hati yang sedang bertarung dalam diam.

Marilah kita belajar bercakap dengan lebih lembut, lebih berhati-hati, lebih memahami. Kita tidak tahu siapa di sekeliling kita yang sedang cuba bertahan. Kita tidak tahu siapa yang hampir menyerah. Dan kita tidak tahu siapa yang mungkin terselamat hanya kerana ada seseorang yang memilih untuk bercakap dengan belas.

Semoga kita jadi masyarakat yang lebih peka.

Lebih manusiawi.

Lebih berhati.

Untuk mereka yang masih hidup.

Untuk mereka yang sudah tiada.

Dan untuk sesiapa yang sedang berjuang sendirian, walaupun kita tak nampak.

#PublicHealthMalaysia