STR DAN SARA 2026

Maklumat Am | 2 February 2026

1. SARA Bulanan (Sumbangan Asas Rahmah)

Bantuan ini merupakan kredit bulanan khusus untuk golongan berpendapatan rendah bagi membeli barangan keperluan asas melalui MyKad.

Kelayakan: Terhad kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang layak mengikut kategori.

Jumlah Bantuan:

🔹 Miskin Tegar/Miskin (eKasih): RM200 sebulan (Jumlah: RM2,400 setahun).

🔹 Isi Rumah STR Lain & Warga Emas: RM100 sebulan (Jumlah: RM1,200 setahun).

🔹 Bujang: RM50 sebulan (Jumlah: RM600 setahun).

Tarikh Bayaran: Bermula secara berperingkat dari 9 Januari 2026 hingga Disember 2026.

Cara Penggunaan: Kredit dimasukkan ke dalam MyKad untuk digunakan di pasar raya dan kedai terpilih (sistem MyKasih).

2. SARA One-off (Penghargaan SARA)

Bantuan ini adalah bayaran sekali seumur hidup (setiap tahun yang diumumkan) sebagai penghargaan kepada rakyat dewasa.

🔹 Kelayakan: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status STR atau pendapatan.

🔹 Jumlah Bantuan: RM100 sekali sahaja.

Tarikh Bayaran: Dijangka dikreditkan pada 9 Februari 2026 (sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan).

🔹 Cara Penggunaan: Sama seperti SARA bulanan, bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad untuk pembelian tanpa tunai di kedai rakan niaga MyKasih.

Untuk info lebih lanjut boleh layari portal rasmi kerajaan.