Pernah dengar orang cakap: Aku rasa macam nak mati bila dia pergi.
Jangan gelakkan mereka. Secara perubatan, mereka mungkin tak bergurau.Bila kita mengalami tekanan emosi yang melampau (kematian orang tersayang, putus cinta, atau terkejut besar), badan kita akan banjir dengan hormon stress (Adrenalin dan Kortisol) secara tiba-tiba.Banjir hormon ni boleh menyebabkan otot jantung kita terkejut (stunned).
Akibatnya, bilik pam utama jantung (Left Ventricle) akan mengembang dan jadi lemah serta-merta. Bentuk jantung tu berubah menjadi macam “perangkap sotong” tradisional Jepun.
Sebab itu nama penyakit ni Takotsubo Cardiomyopathy.Simptom dia? Sebiji macam serangan jantung. Dada sakit menekan, sesak nafas, dan peluh sejuk. Kalau buat ECG pun nampak macam heart attack.
Berita baiknya: Saluran darah tak tersumbat, dan selalunya jantung akan kembali normal dalam beberapa minggu.Berita buruknya: Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh membawa maut sebab kegagalan jantungJadi kalau ada kawan yang tengah “meroyan” sebab putus cinta sampai sakit dada, bawa dia jumpa doktor.Hati yang hancur (Broken Heart) bukan sekadar metafora lagu jiwang. Ia adalah diagnosis perubatan.
