mcmc
Kesihatan

OPERASI KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kegiatan perkhidmatan jagaan kesihatan dan estetik yang beroperasi di premis tidak berdaftar atau tidak berlesen. Penyediaan perkhidmatan di premis seumpama ini merupakan suatu kesalahan di bawah 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 𝟏𝟗𝟗𝟖 [𝐀𝐤𝐭𝐚 𝟓𝟖𝟔]. Operasi penguatkuasaan berterusan, pemantauan, siasatan dan pengintipan sedang giat dijalankan oleh KKM untuk membasmi kegiatan ini.

HUKUMAN BERAT MENANTI JIKA SABIT KESALAHAN:

1. Denda sehingga RM500,000;

2. Penjara sehingga 6 tahun; ATAU

3. KEDUA-DUANYA SEKALI.

Orang awam diseru agar sentiasa cakna dan tidak merisikokan keselamatan diri. Lakukan tindakan segera dengan menyalurkan maklumat rasmi agar siasatan berasaskan bukti dapat diambil ke atas premis haram ini.

Salurkan aduan dan maklumat anda melalui e-mel aduan rasmi KKM: ckaps@moh.gov.my.

#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat