Bermula Sesi Persekolahan 2024/2025, aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan diperluaskan di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Inisiatif yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.
Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030.
Inisiatif ini adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa yang sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.