Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan dan mencegah penyakit.
Salah satu amalan pemakanan sihat adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia Suku-suku Separuh yang terdiri daripada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
