mcmc
Kesihatan

COUCH TAK BERTAULIAH

Yang bahaya bukan orang tak tahu.

Yang bahaya ialah orang yang tak tahu, tapi yakin sangat sampai orang lain ikut.

Isu “coach cerai” yang tak ada credential buat ramai orang tersentak.

Sebab bila masuk bab rumah tangga, nasihat salah boleh hancurkan hidup.

Dalam kesihatan, pola dia sama. Cuma kesannya boleh jadi lebih berat.

Bukan sekadar rasa kecewa, tapi boleh melibatkan nyawa.

Bila seseorang bercakap macam pakar, bagi “rawatan” macam klinik, tapi tiada latihan klinikal, tiada etika profesional, tiada sempadan skop, kita sedang normalisasikan satu budaya berisiko

Kita mula rasa “tak apa, cuba dulu”.

Sedangkan dalam kesihatan, “cuba dulu” boleh membawa kepada

– Perebakan penyakit berjangkit yang lebih cepat

Bila orang disuruh tunggu di rumah walaupun ada tanda bahaya, bila langkah pencegahan dipandang remeh, bila maklumat salah buat orang rasa “tak perlu ikut saranan”

– Wabak yang sukar dikawal

Bila saringan ditolak, kuarantin dipersendakan, vaksin ditakutkan, akhirnya rantai jangkitan jadi panjang tanpa sedar

– Kematian ibu yang boleh dicegah

Bila tanda bahaya seperti pendarahan, sakit kepala teruk, bengkak luar biasa, penglihatan kabur, kurang gerak bayi disalah tafsir sebagai “biasa” dan rawatan jadi lewat

– Kematian bayi dan kanak kanak

Bila demam tinggi berhari hari, lemah, kurang minum, muntah dan cirit berterusan, sesak nafas, sawan masih dilayan dengan petua sampai anak tiba dalam keadaan terlalu tenat

– Kecacatan kekal

Bila strok lambat sampai rawatan, bila meningitis lambat dikesan, bila jangkitan kuman merebak hingga merosakkan organ

– Keracunan dan kesan sampingan serius

Bila ubat dan suplemen dicampur ikut testimoni, bila dos dianggarkan, bila produk tak jelas kandungan dijadikan rutin

– Penyakit kronik makin teruk

Diabetes, darah tinggi, asma, gout, buah pinggang

Semua ini bukan ruang eksperimen, sebab badan manusia tak boleh “undur balik” bila silap

– Kuman menjadi kebal terhadap antibiotik

Bila antibiotik diambil tanpa indikasi, tidak ikut tempoh, atau digunakan untuk perkara yang tidak perlu

Akhirnya bila betul betul perlukan, rawatan jadi lebih sukar

Paling menyayat hati, keluarga yang paling ikhlas mencari jalan cepat lah yang paling mudah terperangkap

Sebab harapan tu sedap

Harapan tu menenangkan

Harapan tu buat kita rasa “aku sedang usaha”.

Tapi kesihatan bukan tempat untuk kita serah hidup pada suara yang paling petah.

Kesihatan perlukan orang yang paling bertanggungjawab.

Pegang satu prinsip mudah

Bila melibatkan nyawa, nafas, darah, otak, kandungan, bayi, penyakit berjangkit, atau ubat

Jangan ambil keputusan besar daripada orang yang tidak memikul risiko bersama anda.

Anda boleh suka gaya dia, anda boleh suka cara dia bercakap

Tapi bila masuk bab tubuh manusia

Pilih sumber yang ada latihan, skop yang jelas, dan etika

Supaya yang kita lindungi bukan sekadar perasaan, tapi masa depan keluarga.