Dengan sukacitanya pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Felda Jengka 6) ingin memberitahu, setakat Mac 2026, seramai 2561 orang ahli komuniti telah mendaftar dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Felda Jengka 6).
Antara kelas yang dibuat dan diadakan di NADI juga termasuk kelas asas internet, asas komputer, asas microsoft seperti word dan excel. Kelas yang terbaru dibuat adalah kelas permainan pembelajaran secara atas talian dan penjagaan kesihatan juga kelas menggunakan laman web kerajaan, jadi kepada penduduk setempat disarankan datang dan mendaftar sebagai ahli untuk menikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Jengka 6 yang juga dikenali sebagai NADI Felda Jengka 6.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ahli komuniti kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Jengka 6.
Pelbagai kelas yang diadakan secara percuma juga menarik minat pengguna untuk menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Jengka 6, lebih menarik lagi, keahlian ahli boleh digunakan di seluruh negeri yang mempunyai NADI. Selain daripada itu, ahli NADI juga boleh memberi saranan kelas yang ingin dibuat bersama atau menggunakan NADI sebagai tempat untuk mengadakan kelas. Untuk pengetahuan ahli, NADI juga telah menyediakan platform untuk pemasaran produk,penjualan dan kelas.Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi petugas NADI melalui nombor petugas atau email Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Jumlah ahli yang berdaftar di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 6 mengikut tahun 2015 sehingga Mac 2026 :
| TAHUN | JUMLAH AHLI |
| 2015 | 397 |
| 2016 | 460 |
| 2017 | 529 |
| 2018 | 606 |
| 2019 | 661 |
| 2020 | 670 |
| 2021 | 686 |
| 2022 | 695 |
| 2023 | 712 |
| 2024 | 785 |
| 2025 | 2560 |
| 2026 | 2561 |