Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.
Matlamat Kempen
Antara tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
Maklumat NADI
13 February 2024
Kempen Klik Dengan Bijak
