1) NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, e-Kelas & Cybersecurity,Mahir)
| DISEMBER 2025 DILEA TINYTECHIES E-Sport E-Kelas Usahawan Mahir Cybersecurity Lokasi : NADI Felda Jengka 6 Jumlah Peserta : 10 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan ilmu & pengalaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan. iii) Pendedahan berkaitan Kelas-kelas yang diadakan sepanjang bulan. Aktiviti DILEA – Kelas Open Tuition subjek Bahasa Melayu dan Matematik untuk Tingkatan 3. Manakala Webinar Bahasa Melayu khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Peserta mendengar penerangan dari guru yang berpengalaman serta menjawab soalan-soalan yang diberikan. TINYTECHIES – 2 orang peserta kategori SK menyambung memasang robot sumo untuk bulan ini. Tutor yang berpengalaman menunjukkan langkah-langkah pemasangan robot satu persatu untuk memastikan peserta dapat menyiapkan robot sumo tersebut. e-Sport – Peserta menonton video pendek berkaitan tajuk yang diberikan pada bulan ini supaya mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dalam bidang e-sukan. e-Kelas Usahawan – Peserta yang menyertai kelas usahawan di atas talian ini diberikan pencerahan berkaitan modul yang dapat membantu mereka dalam bidang keusahawan, iaitu AI DALAM MENCIPTA KANDUNGAN. Cybersecurity – Peserta kelas cybersecurity diberikan pendedahan berkaitan dunia siber yang semakin mencabar saat ini. Kali ini tajuk yang dibawakan adalah bertajuk ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI SLOT 1/2 – Tajuk ini memperkenalkan pelajar kepada asas, peluang, dan cabaran dunia keselamatan siber (cybersecurity). Mahir – Peserta menyertai pertandingan NADI 360 untuk lebih mengenali NADI dan apa yang ditawarkan di NADI. |
3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) Disember 2025 – (10.00am – 11.00am) SK & SMK Lokasi : NADI Felda Jengka 6 Jumlah Peserta : 20 orang |
| Tujuan i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet. ii) Mendidik pelajar menggunakan internet secara berhemah. iii) Menggalakkan penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran. Aktiviti – Penerangan Kempen Internet Selamat (KIS) kategori SK & SMK. – Peserta diberikan pendedahan untuk mengetahui cara melindungi privasi, membina imej positif, dan menjadi pengguna internet yang bijak! |
3) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI
SARINGAN KESIHATAN MenWell SARINGAN KESIHATAN Florisher CARE Lokasi : NADI Felda Jengka 6 Jumlah Peserta : 3 orang |
| Tujuan i) Pengesanan awal masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti dan tekan darah tinggi. ii) Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit . iii) Membolehkan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan sebelum gejala muncul. Aktiviti – Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) dimana peserta diberikan pendedahan berkaitan BMI yang terbaik untuk mereka. – Pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula. Jika bacaan tinggi peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran. |
4) NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh & Masa : 18.12.2025 Lokasi : Felda Jengka 6 Jumlah Peserta : 1 orang |
| Tujuan i) Mempromosi tentang program-program inisitiatif kerajaan yang disediakan. ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Aktiviti – Memberi pendedahan berkaitan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) dimana mereka yang layak boleh menggunakan sumbangan dari Kerajaan menggunakan Mykad di pasaraya yang terpilih. – Pendedahan berkaitan aplikasi PRICE CATCHER iaitu satu aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat membuat perbandingan harga yang lebih berpatutan di pasaraya yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. |