mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2026

1)  NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, Cybersecurity ,Bazar Raya NADI & MAHIR)

Tujuan
i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta.
ii) Meningkatkan pemahaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan.
iii) Memberikan pendedahan berkaitan pelbagai tajuk Pembelajaran Sepanjang Hayat.  

Aktiviti 

DILEA
 Guru memberi penerangan berkaitan subjek pada bulan ini dan peserta menjawab kuiz yang disediakan serta sesi soal jawab berkaitan subjek yang diberikan.

TINYTECHIES
– Seramai 3 orang peserta sekolah rendah telah menyertai kelas Ulangkaji Tiny Techies. Mereka diberikan pendedahan berkaitan robotik dan mikrobit dimana tutor menunjukkan demo secara live.

e-Sport
– Peserta kelas e-Sport telah menonton video yang disediakan bagi memberi pendedahan tentang dunia e-sukan.

Bazar Raya NADI

– Peserta menyertai bazar raya nadi pada 14 mac, pelbagai aktiviti berkaitan usahawan dibuat di nadi seperti kelas kidventures,entreprenuer dan empowerher. Selain itu, usahawan juga menjual pelbagai barangan dan makanan yang berasaskan hari raya.

Cybersecurity
– Seorang peserta telah menyertai kelas Cybersecurity bagi memberi pendedahan didalam dunia digital yang semakin mencabar pada masa kini.

MAHIR
– Peserta menyertai kelas MAHIR short Learning Series sempena bulan Ramadhan pada tahun ini.
Gambar disini

2) NADI x AWARENESS (Kesedaran)

Tujuan
i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet.
ii) Pendedahan berkaitan internet selamat.
iii) Menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Aktiviti 
– Peserta menyertai kelas Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan secara online bagi memberi pendedahan berkaitan ancaman keselamatan di internet agar mereka lebih berhati-hati ketika melayari internet.

3) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI

Tujuan
i) Pengesanan awal masalah kesihatan atau faktor risiko sebelum seseorang menunjukkan sebarang gejala.
ii)  Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit .
iii) Membolehkan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan sebelum gejala muncul.

Aktiviti 
– Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) dimana peserta diberikan pendedahan berkaitan BMI yang terbaik untuk mereka.
– Pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula. Jika bacaan tinggi peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran.
Gambar disini

4) NADI X INISIATIF KERAJAAN

Tujuan
i) Mempromosi tentang program-program inisitiatif kerajaan yang disediakan.
ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan.

Aktiviti 
– Memberi pendedahan berkaitan MyDigital ID dimana komuniti boleh mendaftar di NADI Felda Jengka 6 dengan hanya membawa kad pengenalan dan telefon pintar yang mempunyai aplikasi MyDigital ID.
– Price Catcher pula merupakan aplikasi terbaru untuk pengguna membuat perbandingan harga pelbagai jenis produk di pasaran.