“Barcode Injury” Luka Halus, Kisah Berat
Dalam prosiding inkues kes Zara Qairina semalam, saksi perubatan ditanya:
“Doktor, adakah anda menemukan sebarang kecederaan berbentuk kod bar pada tubuhnya?”
Jawapan doktor jelas: TIADA.
Pemeriksaan hanya mendapati kelainan pada tangan kiri yang patah, tetapi tiada tanda luka berbentuk jalur selari seperti kod bar direkodkan.
Apa sebenarnya maksud “barcode injury”?
Ia merujuk kepada kecederaan jalur selari di kulit, menyerupai corak kod bar.
Ia boleh merujuk kepada Self-harm (kecederaan sendiri) potongan halus berulang, selalunya di lengan atau paha. Ia tanda tekanan emosi yang cuba dilepaskan melalui kesakitan fizikal.
.
Kenapa individu melakukan self-harm dalam bentuk “barcode” (garisan selari)?
Ia biasanya tanda jiwa yang sedang rapuh. Sesetengah remaja memilih garisan selari kerana ia kelihatan konsisten, dan mereka fikir ia cara untuk melepaskan tekanan.
Namun hakikatnya, self-harm tidak menyelesaikan kesakitan emosi ia hanya meninggalkan luka di tubuh, sedangkan luka di hati masih belum terubat.
Adakah ini trend ikut ikutan remaja?
Dalam kes self-harm berbentuk “barcode”, memang wujud unsur ikut-ikutan (copycat / contagion effect) terutama di kalangan remaja.
Ada remaja yang berkongsi gambar luka mereka di platform tertentu. Bila rakan sebaya nampak, ada yang terikut untuk cuba “meluahkan” rasa sakit dengan cara sama.
Sebahagian buat kerana rasa ingin tahu atau ingin mencuba selepas melihat kawan melakukannya.
Apa yang ibu bapa & guru perlu buat jika ternampak luka begini?
1. Jangan marah atau menghukum ,itu hanya buat mereka lebih menyorok.
2. Tanya dengan lembut , tunjukkan anda peduli, bukan menghakimi.
3. Dengar tanpa cepat memberi ceramah, kadang-kadang mereka hanya mahu didengari.
4. Dapatkan bantuan profesional , bawa jumpa doktor, kaunselor atau psikologis.
Luka berbentuk “barcode” bukan sekadar garisan di kulit. Ia adalah jeritan senyap daripada jiwa yang sedang menderita..
Kanak-kanak dan remaja tidak sepatutnya menanggung derita seorang diri. Kitalah mata, telinga, dan suara mereka.
Jika anda atau orang terdekat sedang berdepan tekanan emosi, hubungi Talian HEAL 15555 untuk bantuan dan sokongan
