mcmc
Maklumat NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)Felda Jengka 6

  

                    

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 6, Pahang telah beroperasi pada 21 Januari 2015 dan dirasmikan oleh Ketua Kampung Felda Jengka 6 iaitu Tuan Haji Saharuddin Bin Lela pada 28 MEI 2015 . NADI adalah salah satu pendekatan kerajaan dalam merapatkan jurang digital komuniti luar bandar dalam meningkatkan pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini, diharap agar komuniti setempat dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi Maklumat. Projek NADI  ini adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM). 

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 42 Pusat Internet untuk Fasa 5 yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka .

 

Lokasi NADI Felda Jengka 6 amat strategik , berhadapan dengan Dewan Semai Bakti Felda Jengka 6 , berdekatan dengan Balai Raya Felda Jengka 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6 , Sekolah Rendah Jengka 6 dan juga Tadika Kemas Jengka 6 . Ini memudahkan pelajar dan guru serta penduduk kampung untuk datang menggunakan khidmat di NADI. Bersesuaian dengan visi NADI:

 

 VISI NADI

Menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional sebagai ” ONE STOP DIGITAL CENTER ” yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat.

 

MISI NADI

Mencapai VISI NADI dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :

1. Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan,kemahiran,ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.

2. Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

3. Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.

 

—————————————————————————————————————————

 

 

Perkhidmatan yang disediakan di NADI  :

 – PENGGUNAAN KOMPUTER
 – FOTOSTAT
 – PRINTING ( BLACK & WHITE )
 – PRINTING (COLOUR )
 – BINDING
 – LAMINATE
 – SCANNING

 

Disamping itu juga , NADI menyediakan perkhidmatan lain : 

  • MENAIP ( Surat Rasmi , Minit Mesyuarat , Kertas Kerja dan lain – lain )

Antara kelas yang disediakan oleh pihak NADI adalah :

 

  • KELAS ASAS KOMPUTER ( Google , Email dan lain – lain ) 
  • E-LEARNING ( Tutorial atau Kuiz )
  • KELAS KEUSAHAWANAN
  • KELAS ASAS MICROSOFT OFFICES ( Word , Excell , Power Point & Publisher )
  • ADOBE PHOTOSHOP & ILLUSTRATOR
  • TUISYEN UPSR – MATH , BM , BI dan SAINS
  • STEM/IOT

KELAS SOFT SKILL – (Resume,Teknik IV dan lain-lain)

 

 

Petugas NADI Felda Jengka 6 :

 

WhatsApp Image 2023 10 05 at 16.41.26

NURUL NORATIKAH BINTI HUSSIN

Pengurus NADi Felda Jengka 6 

 Tarikh Berkhidmat: 13 Oktober 2022

  No Telefon: 019-9490735

 

Email : am.feldajengka6@gmail.com

Portal : http://feldajengka6.pjk.com.my/

Facebook : NADI Felda Jengka 6