Gerakan Persatuan Wanita atau lebih dikenali sebagai GPW telah membuat penanaman serai secara besar besaran di kawasan kosong belakang bangunan GPW. Tempoh matang untuk menuai serai adalah antara 4-6 bulan bergantung kepada tumbesaran serai. Daun serai akan dipotong (kerana kita hendakkan batangnya sahaja), kemudian serai itu akan dicabut .Setelah itu, serai itu akan dibersihkan atau disiang dan diikat.