mcmc
Pertanian

Pertanian

Projek Kelapa Sawit 

–  Kelapa Sawit telah ditanam pada tahun 1969 dengan keluasan 1988.75 ekar . 

–  Dibahagikan kepada 381 orang peneroka ( 10 ekar setiap peneroka ) dan akan diwarisi oleh  Generasi Kedua ( anak peneroka ) .

– Setiap bulan hasil kepala sawit  akan dijual kepada Kilang Sawit FELDA untuk tujuan pemprosesan minyak mentah.

 Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia.

 

 

 

 

 

 

 

           

 

 

Tanaman Pisang Felda Jengka 6

 – Projek yang dihasilkan oleh petugas Felda Jengka 6 .

 – Hasilnya akan dijual kepada penduduk kampung atau ke Pasar Tani .

 

 

 

Projek Kelapa   

 – Projek yang dihasilkan oleh petugas Felda Jengka 6 .

 – Hasilnya akan dijual 

 

 

Projek Nangka Madu

  •        Projek Nangka Madu diusahakan oleh Persatuan Belia dan mendapat bantuan anak benih daripadapihak Felda . Tapak ini berkeluasan 1 ½ Ekar . Jumlah anak pokok yang ditanam adalah sebanyak 77 pokok . Kos projek menelan belanja sebanayak RM3500 .