mcmc
Keusahawanan

PROGRAM INISIATIF PEMERKASAAN TRANSAKSI DIGITAL PAYNET

Kehidupan seharian kita saban hari semakin digital, maka menjadi amat penting untuk kerajaan memantau ekonomi digital kita dan memastikan bahawa Malaysia kekal moden dan mampu bersaing di persada antarabangsa. 

Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) adalah merupakan salah satu langkah proaktif Kementerian untuk memberikan pendedahan kepada peniaga luar bandar khususnya berhubung keperluan pengoperasian perniagaan yang berkonsepkan digital terutamanya melalui penggunaan kemudahan e-wallet dalam pelbagai transaksi perniagaan.

Program ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan digitalisasi menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia iaitu untuk mempromosikan program onboarding pembayaran elektronik bagi peniaga dan pengguna untuk menjadi masyarakat tanpa tunai.

Inisiatif Kerajaan dalam menyediakan konsep perniagaan berasaskan digitalisasi dalam sektor peruncitan termasuklah kaedah pembayaran tanpa tunai

  • 1.Peniaga berpeluang mendapatkan input berkaitan kemudahan e-wallet
  • 2.Peniaga boleh mendaftar e-wallet melalui semua penyedia terpilih.
  • 3.Menggalakkan penggunaan e-wallet ketika urusan pembayaran
  • 4.Mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai (cashless society)