PROGRAM KHAS : EDUTIPS DILEA

Bagi memulakan siri ini, kami membawakan Siri 1 yang amat penting khusus untuk membantu meningkatkan tumpuan belajar anda:
- EduTips Siri 1: Rahsia Fokus Maksimum
- Tarikh Tayangan: 6 hingga 12 Julai 2026
- Format: Siri video pendek untuk pelajar yang boleh ditonton bila-bila masa pada tarikh yang disediakan.
Antara isi penting menarik yang akan dikongsikan dalam siri ini adalah:
- Gangguan Telefon: Bagaimana peranti digital boleh menjejaskan tumpuan dan cara mengawalnya.
- Fakta Mengejutkan Fungsi Otak: Memahami bagaimana otak kita bertindak balas terhadap fokus dan pembelajaran.
- Langkah Praktikal: Tips mudah dan berkesan yang boleh diamalkan terus oleh pelajar untuk kekal fokus semasa belajar.
Maklumat & Syarat Penyertaan
- Yuran: Pendaftaran adalah PERCUMA di NADI berdekatan anda.
- Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur. Peserta juga boleh memilih mana-mana kelas dan program yang bersesuaian.
- Platform Pendaftaran: Penyertaan perlu didaftarkan melalui NADI E-System (NES) dan LMS.
Panduan Langkah Pendaftaran & Penyertaan
A. Melalui NADI E-System (NES):
- Cari Program: Log masuk ke akaun anda dan cari NADI TUISYEN RAKYAT: EDUTIPS SIRI 1.
- Daftar: Lengkapkan proses pendaftaran penyertaan anda di dalam sistem.
B. Melalui LMS (Untuk Tontonan & Kehadiran):
- Log Masuk: Layari LMS NADI Tuisyen Rakyat di dilea.nadi.my.
- Course Edutips: Pilih course Edutips (bawah kategori Special Programme)
- Tonton Video: Pilih dan tonton siri video EduTips Siri 1: Rahsia Fokus Maksimum.
- Tanda Kehadiran: Tanda (tick) kehadiran bagi sesi yang terlibat setelah selesai menonton untuk rekod program.