RM100 MySARA: Jangan Beli Beras Je. Cari 4 “Superfood” Tersembunyi Ni.
Semua orang berebut beli beras dan minyak. Tapi ramai terlepas pandang item-item “low profile” ni di rak kering.
Harganya murah, tapi khasiatnya “kayangan”. Ini pilihan bijak yang tak disangka sihat untuk bakul MySARA anda:
1. KACANG HIJAU / KACANG DHAL (Protein Orang Bijak)
Orang ingat ni untuk buat bubur manis je. Salah!
Fakta: Ini adalah sumber protein & serat paling murah di dunia.
Sihat: Masak buat sup (savory), lempeng, atau bubur tanpa santan manis. Ia “cuci” kolesterol dan bagi tenaga tahan lama.
2. REMPAH RATUS ASLI (Farmasi Dapur)
Kayu Manis, Cengkih, Bunga Lawang, Kunyit.
Orang ingat ni penyedap rasa semata-mata.
Fakta: Ini adalah anti-oksidan & anti-radang paling kuat. Kunyit lawan sakit sendi, Kayu Manis kawal gula darah. Wajib beli stok.
3. IKAN BILIS (Kalsium Tulen)
Orang ingat ni penyedap nasi lemak je.
Fakta: Ikan bilis (gred yang elok) ada kalsium LEBIH TINGGI dari susu per 100g, sebab kita makan sekali dengan tulang dia.
Tips: Rendam dulu untuk buang garam berlebihan, lepastu goreng/sangai. Tulang kuat, gigi kuat.
4. BIHUN / SUUN (Karbo Ringan)
Orang asyik beli Mi Kuning (berminyak & kapur) atau Kuey Teow.
Fakta: Bihun dan Suun (Glass Noodle) adalah pilihan karbo kering yang lebih bersih, rendah lemak, dan gluten-free (untuk bihun beras).
Jadi bila masuk kedai panel MySARA nanti, jangan lupa selitkan bahan-bahan ni celah guni beras tu.
Murah, tapi badan berterima kasih.
