mcmc
Kesihatan

Teknik Pernafasan melegakan tekanan

Pernah rasa jantung berdebar, fikiran serabut dan susah nak kawal rasa cemas? Kajian dari Stanford University menunjukkan ada cara mudah untuk redakan stress hanya dalam beberapa minit ia dipanggil Physiological Sigh.
👉 Caranya sangat ringkas:

1. Tarik nafas dua kali pendek melalui hidung.
2. Lepaskan nafas perlahan-lahan dan dalam melalui mulut.
3. Ulang beberapa kali sehingga rasa lebih tenang.

Proses ini meningkatkan keseimbangan antara sistem saraf simpatetik (fight-or-flight) dan parasimpatetik (rest-and-digest), lalu menurunkan kadar degupan jantung serta mengurangkan perasaan cemas.

Penyelidik dari Stanford University (Huberman Lab, 2023) mendapati bahawa latihan pernafasan ini dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan dengan lebih cepat berbanding meditasi biasa apabila diamalkan beberapa minit sehari.

Kajian lain menunjukkan teknik pernafasan dengan penekanan pada exhale yang panjang membantu menurunkan aktiviti sistem saraf simpatetik, lalu memberikan rasa tenang dalam masa singkat.

Kadang-kadang kita lupa, terapi yang berkesan sekadar nafas yang kita sedut setiap hari. Cuba amalkan bila rasa resah di pejabat, di rumah atau sebelum tidur.Â