WELLBEING JUN 2026
Sepanjang 15 hingga 20 Jun 2026, Studio Sihat membawakan perkongsian kesihatan yang mengingatkan kita untuk lebih peka dengan isyarat tubuh dan tabiat harian yang mungkin nampak biasa, tetapi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan.
Daripada risiko pengambilan energy drink, tanda awal penyakit buah pinggang kronik (CKD), hinggalah kepada isu kesihatan mental seperti bipolar yang masih sering dikaitkan dengan stigma — setiap topik dikupas dengan cara yang mudah difahami dan dekat dengan kehidupan kita.
Kami juga berkongsi topik penting buat ibu bapa tentang kaitan screen time dan perkembangan pertuturan anak, selain rutin fisio 10 minit yang membantu anda bergerak dengan lebih selamat dalam aktiviti harian seperti bangun, duduk dan tunduk.
Semoga perkongsian minggu ini membantu kita lebih berani mengambil tahu, lebih awal bertindak, dan lebih konsisten menjaga kesihatan diri serta orang tersayang 💜
Klik Untuk Tonton👇:
Berhenti Minum Energy Drink Sebelum Kena Benda Ni15 Jun 2026 Buah Pinggang Saya OK Ke?16 Jun 2026 |
Bipolar : Antara Stigma dan Harapan18 Jun 2026 |
Anak Lambat Cakap Sebab Gadget?19 Jun 2026 10 Minit Fisio : Bangun, Duduk, Tunduk20 Jun 2026 |